Thursday, 7 September 2017

Christian Wedding In Catholic Church

 Terdapat persamaan secara umum definisi konsep perkahwinan agama Islam dan Kristian Roman Katholik. Perkahwinan di dalam agama Kristian Roman Katholik dianggap sebagai satu seruan(vocation) iaitu panggilan Tuhan.Mereka juga menganggap ianya sebagai salah-satu daripada tujuh tanda-tanda kepercayaan kepada anutan.Selain itu ajaran Roman Katholik menekankan ciri-ciri yang suci di dalam perkahwinan dan merupakan ikatan semulajadi yang berkekalan ini dikukuhkan dengan satu lagi pengertian daripada ‘Canon Law’ yang menyebut perkahwinan sebagai satu penyatuan secara sukarela antara seorang lelaki atau perempuan seumur hidup dengan mengecualikan semua orang lain.   

Perkhawinan orang Kristian ini diadakan di gereja. Saya juga penganut agama Kristian, oleh itu, saya ingin berkongsikan pengalaman saya menyertai perkahwinan di gereja. Antara majlis perkahwinan yang pernah saya hadiri ialah majlis perkhawinan abang saya yang ke-empat. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya sebab suasana yang sangat meriah dan juga mengikut adat perkahwinan.





Pengantin perempuan dan lelaki (tengah) bergambar dengan pengapit (bridemaids) and flower girls. 




Me being a bridesmaid for the very first time. 





Ini merupakan coretan video di dalam gereja

Majlis perkhawinan ini diadakan di Sacred Heart Cathedral yang terletak di Sibu, Sarawak. 

2 comments: